Kerjaya kelab Nicola Sansone

Sansone telah dilahirkan di Munich, Jerman dan kelab pertama yang disertainya ialah SV Neuperlach. Semasa berusia sepuluh tahun, beliau telah berpindah ke kelab Bayern Munich dengan mengembangkan bakatnya di Pasukan Junior. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan simpanan Bayern pada Januari 2010 dalam aksi 3. Liga menentang Dynamo Dresden.[2] Beliau telah tampil dalam tiga perlawanan lagi pada musim 2009–10 sebelum menjadi tonggak utama pasukan pada musim 2010–11. Pada Oktober 2010, beliau telah disenaraikan sebagai pemain simpanan skuad utama Bayern dalam aksi Bundesliga menentang Freiburg. Beliau telah dilepaskan Bayern pada Jun 2011 selepas pasukan simpanan Bayern tersingkir daripada saingan 3. Liga.

Sassuolo

Pada 21 Januari 2014, Sansone bersama rakan sepasukannya, Pedro Mendes dan Aleandro Rosi telah menyertai Sassuolo dari kelab Serie A, Parma. Sansone dan Mendes telah menandatangani kontrak rundingan pemilikan bersama yang masing-masing bernilai 2.5 juta euro dan 500,000 euro.[3][4] Namun, Rosi telah berpindah secara pinjaman ke Sassuolo dari Parma sebagai sebahagian daripada pertukaran dengan pemain Jonathan Rossini yang bertempoh sementara.[5]

Pada Jun 2014, Raman Chibsah dan Sansone telah menyertai Sassuolo dengan serta-merta dalam perpindahan yang bernilai 5.75 juta euro dari Parma manakala Parma membawa masuk semula Mendes melalui perpindahan bernilai 2.5 juta euro.[3][6]

Villarreal

Pada 7 Ogos 2016, Sansone telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Villarreal dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai 13 juta euro.[7] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Villarreal pada aksi La Liga yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Granada pada 20 Ogos.[8] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada 10 September ketika menumpaskan Málaga 2-0 dalam aksi liga yang berlangsung di gelanggang lawan.[9]

Bologna

Pada 4 Januari 2019, beliau telah menyertai kelab Itali,Bologna secara pinjaman bersama pilihan untuk dibawa masuk secara tetap.[10]

Rujukan

WikiPedia: Nicola Sansone http://www.bdfutbol.com/en/j/j97914.html http://fcparma.com/giocatori/nicola-sansone/?lang=... http://fcparma.com/news/accordi-di-compartecipazio... http://fcparma.com/news/operazioni-mercato-present... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://bundesliga-chronik.de/dritteliga/2010/23/dr... http://www.kicker.de/news/fussball/3liga/vereine/3... http://www.figc.it/en/204/3664/2008/01/News.shtml http://www.figc.it/it/204/20962/2009/04/News.shtml http://www.figc.it/it/204/2528285/2015/05/News.sht...